Monday, June 28, 2010

Yoga diharamkan.... Perlukah juga silat dikaji??

Yoga Diharamkan..Perlukah juga silat dikaji?

Jika atas alasan yoga diharamkan demi memelihara akidah umat Islam yang mengamalkan senaman ini, bagaimana pula dengan seni silat warisan Melayu? Adakah semuanya memang suci murni dari unsur-unsur yang boleh mencemarkan akidah? Tidak ada langsung unsur-unsur khurafat, tahyul dan segala kepercayaan karut yang lain? Mungkin kerana silat adalah seni warisan Melayu, dan Melayu itu sinonim dengan Islam, maka automatik silat adalah sah disisi Islam. Ditambah pula dengan pakaian pengamalnya yang berbaju Melayu dan bersampin, ditambah lagi dengan tengkolok, maka kenapa perlu dikaji lagi? Bahkan, ada pula yang memberikannya wajah Islam dengan bacaan ayat-ayat tertentu. Ada yang diambil dari al-Quran dan tidak kurang juga mentera-mentera yang kadang-kadang sukar difahami maknanya. Faktor-faktor inilah maka silat dan seni warisan Melayu yang lain dilihat selari dengan Islam dari segi zahirnya

No comments:

Post a Comment